Perlu seimbang kerja, kehidupan

Perlu seimbang kerja, kehidupan

SECARA purata kebanyakan pekerja menghabiskan masa selama lapan jam sehari atau lebih di tempat kerja. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEKERJA ialah tulang belakang kepada syarikat yang perlu diurus dengan sebaik-baiknya bagi memastikan sumber ini dapat mencapai tahap produktiviti yang optimum.

Secara purata kebanyakan pekerja menghabiskan masa selama lapan jam sehari atau lebih di tempat kerja. Justeru, tempat kerja memberi impak besar dalam kehidupan setiap pekerja dan seharusnya menjadi tempat yang menyeronokkan.

Bagaimanapun, terdapat faktor yang menyumbang kepada kemerosotan dalam kualiti kerja seseorang pekerja seperti persekitaran tempat kerja yang kurang baik, kelemahan dalam membuat keputusan, konflik perhubungan pekerja dengan ketua dan beban tugas.

Sebagai contoh, beban tugas berlebihan boleh menyebabkan prestasi rendah kerana pekerja tidak menggemari sesuatu yang mengambil masa lama untuk disiapkan.

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai inisiatif boleh diambil oleh pekerja mahupun majikan dalam meningkatkan kualiti kehidupan bekerja seperti mengamalkan komunikasi berkesan agar segala permasalahan berbangkit dapat diatasi. Jangan simpan semua masalah kepada diri sendiri atau cuba perbaiki semuanya sendiri.

Selain itu, pekerja juga harus bijak mengawal dan tahu menguruskan emosi di tempat kerja kerana tanpa pengawalan emosi yang baik, seseorang boleh bertindak secara agresif dan kurang rasional terutama sekali melibatkan membuat keputusan.

Bukan itu sahaja, adalah penting untuk majikan memberikan peluang kepada pekerja untuk memajukan dirinya supaya dapat mencapai tahap kepuasan kerja yang optimum termasuk melanjutkan pelajaran.

Dari segi jaminan kerja pula, adalah penting seseorang pekerja untuk merasakan bahawa kerja-kerja yang dilakukannya akan kekal sama ada dari segi pendapatan atau pekerjaan itu sendiri.

Selain itu, keseimbangan antara kerja dan kehidupan sangat penting. Seorang pekerja tidak seharusnya menghabiskan terlalu banyak masa dengan pekerjaannya sahaja.

Pekerja juga harus mempunyai waktu sendiri untuk bersama dengan keluarga dan menjalankan aktiviti yang menjadi minatnya. – UTUSAN

NUR HAZILAH OMAR, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya