Naik taraf jalan di Taman Sri Semantan - Utusan Malaysia

Naik taraf jalan di Taman Sri Semantan

KEADAAN banjir di Taman Sri Semantan, Temerloh, Pahang pada Disember tahun lalu yang memerlukan kawasan tersebut dinaik taraf. – SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LALUAN dari simpang tol Temerloh – Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menuju ke arah Taman Sri Semantan yang menghala ke Temerloh dan Mentakab perlu dinaik taraf kepada jalan empat lorong dengan dua lorong sehala memandangkan jalan tersebut sesak terutama ketika waktu puncak dan cuti perayaan. Selain itu jalan tersebut juga kerap ditenggelami banjir termasuk yang terbaharu pada hujung tahun 2021.

Pada masa ini, banyak kawasan perumahan baharu dibina di sepanjang jalan ini. Bermula dari Kampung Sanggang, Kampung Paya Keladan, Kampung Song Sang, Kampung Bukit Tingkat dan Taman Sri Semantan. Di sini juga terdapat sebuah sekolah, Kolej Vokasional Sanggang dan klinik kesihatan di pinggir jalan utama bandar Mentakab/ Bandar Temerloh.

Simpang tiga yang berada di jalan ini pula perlu dijadikan simpang lampu isyarat memandangkan keadaan persimpangan yang agak berbahaya kerana kesibukan lalu lintas, lebih-lebih lagi lagi kenderaan semakin bertambah kerana adanya jalan pintas dari bandar Temerloh ke tol LPT dan lain-lain.

Selain itu, terdapat dua buah taman perumahan di Kampung Bukit Tingkat manakala projek perumahan terbaharu yang sedang dalam pembinaan ialah Projek perumahan PR1MA Kerajaan Negeri Pahang di Kampung Lubuk Kawah dengan anggaran sebanyak 280 buah rumah. Apabila sudah siap dan diduduki nanti, pastinya akan menambah kesesakan laluan jalan raya.

Oleh itu, naik taraf laluan ini amat penting bagi memastikan penduduk selesa serta dapat menikmati kehidupan yang baik.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya