Harimau Malaya tunjuk taring

Harimau Malaya tunjuk taring

SKUAD Harimau Malaya di bawah bimbingan Kim Pan Gon dilihat lebih yakin, bertenaga serta mampu membawa kemenangan besar kepada negara. – FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK syak lagi, sentuhan magis Kim Pan Gon kini menjadi perhatian dan sebutan ramai peminat bola sepak. Setelah dua aksi perlawanan persahabatan antarabangsa, peminat sudah boleh menarik nafas lega dan mula berasa yakin dengan kemampuan ketua jurulatih baharu dari Korea Selatan itu.

Kita percaya Pan Gon tiada masalah hendak memilih pemain utama untuk menghadapi perlawanan Piala Asia bermula Jun ini. Malah peminat sendiri seperti sudah boleh mengagak siapa yang boleh bermain untuk skuad bola sepak kebangsaan.

Ternyata banyak perubahan pada taktikal serta corak permainan pasukan Harimau Malaya. Pemain juga lebih bertenaga dan meyakinkan berbanding sebelumnya. Pan Gon benar-benar mahu melakukan magik.

Walaupun dikritik hebat, namun Pan Gon berjaya membuktikan kebolehannya dalam tempoh singkat.

Jelas sekali Pan Gon yang kemudian dipersetujui oleh peminat tegar bola sepak tanah air merasakan Aidil Zafuan, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid serta beberapa pemain lagi sudah tidak diperlukan untuk menyertai latihan apatah lagi menyarung jersi skuad kebangsaan.

Pemain seperti yang dinyatakan di atas sudah boleh berkira-kira menggantung kasut bola mereka dan berikanlah pula peluang kepada pemain lain. Menariknya, peminat sudah boleh menerima pendekatan dan corak permainan memukau yang dipersembahkan oleh skuad Harimau Malaya.

Diharapkan agar peminat bola sepak terus memberikan sokongan moral kepada skuad Harimau Malaya yang tampak jelas jauh berbeza sekali malah lebih mengaum.

Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu dapat ditransformasikan dengan baik sekali oleh barisan kejurulatihan baharu yang dikemudi oleh Pan Gon. Sekalipun tewas pada aksi menentang Singapura 1-2, namun peminat tetap boleh menerimanya kerana kekalahan itu secara bermaruah.

Syabas Pan Gon, anda memang dipercayai mampu mengubah wajah skuad Harimau Malaya untuk menjadi terus garang dan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia di China, tahun depan.-UTUSAN

MUZAKKIR IBADURRAHMAN
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.