Cari aktiviti alternatif elak bil melambung

Cari aktiviti alternatif elak bil melambung

MENONTON televisyen dan mengaktifkan barangan elektrik dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan pembaziran tenaga elektrik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBENARNYA ada cara untuk mengurangkan pembayaran bil elektrik bulanan iaitu dengan penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Melalui cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan tetapi membantu memperbaiki aliran tunai ke arah lebih baik.

Ada beberapa cara yang mungkin boleh anda cuba. Antaranya pastikan barangan elektrik sesuai dari segi spesifikasi saiz, kapasiti, kuasa dan penggunaan tenaga. Misalnya, gunakan pendingin hawa dengan kuasa optimum yang sesuai dengan saiz ruang.

Peralatan dengan spesifikasi terlalu tinggi akan menyebabkan pembaziran elektrik, manakala spesifikasi terlalu rendah akan menyebabkan beban dan penggunaan elektrik yang tinggi. Maka, carilah yang paling optimum dan sesuai dengan keperluan kediaman anda.

Peralatan elektrik juga perlu digunakan dengan betul seperti tidak membasuh pakaian melebihi kapasiti mesin basuh. Begitu juga apabila pendingin hawa yang ditetapkan pada suhu terlalu rendah akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.

Peti sejuk yang terlalu kerap dibuka dan ditutup akan menyebabkan pembaziran tenaga. Begitu juga jika peti sejuk tersebut disumbat dengan terlalu banyak barang sehingga hampir penuh.

Selain itu, antara cara menjimatkan penggunaan elektrik yang mudah adalah dengan mengehadkan penggunaan peralatan elektrik seperti masa menonton televisyen. Lebih baik melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat seperti membaca buku dan beriadah di kawasan rekreasi.

Akhir sekali, jangan lupa padam suis dan encabut soket yang tidak digunakan. Ini kerana sekiranya diletakkan dalam mod standby, pengaliran elektrik masih lagi berlaku.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya