Syarikat harus rebut peluang dapatkan potongan cukai

Syarikat harus rebut peluang dapatkan potongan cukai

INSENTIF pelepasan cukai dapat menggalakkan lebih banyak syarikat bekerjasama dengan SPRM dalam melaksanakan program pencegahan dan pendidikan antirasuah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LANGKAH kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang bersetuju meluluskan secara dasar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan potongan cukai pendapatan kepada mana-mana syarikat swasta yang melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pencegahan dan pendidikan antirasuah di negara ini amat dialu-alukan dan disambut baik oleh semua pihak.

Pelaksanaan program ini membolehkan syarikat swasta mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Berdasarkan peruntukan itu, syarikat swasta layak memohon potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang dibuat.

Insentif pelepasan cukai tersebut dilihat dapat menggalakkan lebih banyak syarikat swasta bekerjasama dengan SPRM melaksanakan program pencegahan dan pendidikan antirasuah.

Program pencegahan serta pendidikan antirasuah yang dilaksanakan oleh syarikat swasta menerusi penganjuran program CSR ini akan memberi manfaat kepada masyarakat umum, termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah, bukan hanya kepada kakitangan syarikat itu sendiri.

Lebih menarik, program-program yang dilaksanakan juga bukan aktiviti yang mengutamakan perniagaan, tidak bermotifkan keuntungan serta tidak menyentuh isu politik semasa.

Kini ruang telah dibuka. Maka kesedaran serta perhatian terhadap kesan rasuah terhadap masyarakat dan negara perlu diterapkan dalam kalangan rakyat bagi menghindari impak negatif gejala itu.

Sinergi antara syarikat swasta, SPRM dan masyarakat dalam membanteras gejala rasuah perlu dijalin dengan baik malah secara berterusan.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Rebutlah peluang ini dengan menghubungi SPRM untuk mendapat maklumat lanjut. – UTUSAN

ABDUL HAKIM ABDULLAH, Ampang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya