PRN Johor: Kempen jatuhkan BN gagal

PRN Johor: Kempen jatuhkan BN gagal

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan yang mengatakan Barisan Nasional (BN) menang kerana berlaku pecahan undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu yang banyak diterbitkan dalam akhbar arus perdana, berita di televisyen dan sebagainya. Ini tidak boleh dijadikan perkiraan.

Sebaliknya rakyat tidak mahu lagi wujudnya sifat putar belit dan tipu helah yang akhirnya memberi kesan kepada mereka sekiranya negeri itu dipimpin oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Yang menjadi keutamaan ialah kualiti perjuangan ketika mendapat mandat. Justeru, adakah sekiranya peratusan undi yang rendah bermakna negeri itu tidak boleh berfungsi dengan baik?

BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Berdasarkan keputusan itu, jelas membuktikan pilihan rakyat ketika pilihan raya jauh berbeza dengan suasana ketika Parlimen dan DUN.

Ini juga jelas membuktikan kempen yang dilakukan untuk menjatuhkan UMNO/BN dengan fokus menolak pemimpin yang terlibat dengan kes mahkamah tidak berjaya mempengaruhi pengundi. Mungkin disebabkan pihak pembangkang juga mengutamakan pemimpin yang pernah dipenjara sebagai wakil rakyat.

Jadi, sepatutnya kita tidak perlu berpecah belah dan sewajarnya mencari jalan untuk mencapai politik yang stabil. Jika tidak, isu ini tiada kesudahan. Demokrasi itu baik tetapi ia boleh jadi sebaliknya disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri.-UTUSAN

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya