Pengguna perlu cakna penipuan kenaikan harga barang - Utusan Malaysia

Pengguna perlu cakna penipuan kenaikan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

GERAKAN Pengguna Malaysia telah mengiktiraf keadaan-keadaan khas atau tertentu bagi petani, nelayan serta penghasil luar bandar untuk menaikkan harga barangan sekiranya pendapatan mereka rendah dan tidak tetap bagi mengimbangkan keuntungan negara.

Hal ini jauh lebih baik daripada memberi keuntungan atau faedah kepada orang tengah, agen dan pedagang runcit.

Namun, pengguna boleh menentang kenaikan harga barangan sekiranya tidak munasabah dan tidak membawa faedah kepada penghasil asas.

Antara tentangan yang boleh diambil pengguna jika berlakunya kenaikan harga yang terlalu tinggi, tidak berpatutan, batas keuntungan yang melampau, kenaikan harga barang bermusim bertujuan menindas pengguna, barangan tiruan, tawaran harga jualan yang sebenarnya dijual pada harga asal.

Justeru, orang ramai perlu cakna tentang permainan harga. Orang ramai perlu pastikan harga sesuai dengan nilai barangan atau perkhidmatan seperti kualiti, berat, ukuran atau kemudahan mendapatkan produk dan perlu pastikan harga sesuai dengan lokasi.

Pun begitu, keizinan menaikkan harga yang mungkin diterima oleh gerakan pengguna termasuk:

– Kekurangan bekalan disebabkan faktor semula jadi atau cuaca, serangga dan sebagainya ataupun disebabkan kerosakan bekalan akibat perang, cuaca buruk, mogok, sekatan perhubungan dan sebagainya.

– Permintaan berlebihan seperti musim perayaan kerana pengguna akan terus membeli sesuatu barang pada harga tinggi.

– Pengharaman sama sekali ke atas import boleh menggalakkan kenaikan harga pada kadar yang lebih tinggi.

Sebarang kesukaran yang yang timbul dari tindakan ini atau monopoli yang diada-adakan pastinya akan dikecam hebat oleh kesatuan pengguna.

Oleh itu, ia perlu dikaji semula dengan segera oleh pihak berkuasa kerajaan dalam mencari cara atau dan langkah terbaik bagi menyelesaikan isu ini.-UTUSAN

BULBIR SINGH, bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya