Orang muda perlu cakna politik

Orang muda perlu cakna politik

PEMAHAMAN sempit dalam politik menyebabkan masyarakat menjadi alat untuk meraih sokongan . – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAHAGIAN masyarakat khususnya orang muda menganggap politik merupakan urusan pemerintah sehingga cenderung untuk tidak mengambil peduli.

Oleh itu, perlu wujud anjakan paradigma yang dapat membangunkan kesedaran politik supaya golongan muda tidak hanya menjadi objek politik tetapi pelaku (subjek) melalui penglibatan aktif dalam mempengaruhi dasar-dasar kerajaan.

Setidak-tidaknya mereka harus bijak dalam memilih dan menentukan pemerintah yang benar-benar berupaya membawa kesejahteraan rakyat.

Mereka perlu menolak budaya politik yang boleh merosakkan dan memecahbelahkan perpaduan seperti fitnah, kebencian dan mengaibkan individu. Ini akan menjadikan masyarakat semakin jijik dan memandang serong parti mahupun ahli politik.

Ketaasuban melampau terhadap politik kepartian juga boleh menjadi batu penghalang terhadap kesedaran politik yang bersifat rasional.

Akibatnya mereka terus kalut dan bertelagah dengan mainan politik kepartian, persoalan mengenai jawatan serta ketaasuban terhadap individu yang mahu diangkat menjadi pemimpin.

Jika masyarakat ingin membudayakan politik yang matang dan cerdas, seharusnya mereka lebih cenderung berbicara soal isi, bukan kulit semata-mata. Hal ini kerana politik bukan hanya soal parti yang berkuasa, tetapi apa yang dilaksanakan sewaktu berkuasa.

Justeru, masyarakat terutamanya golongan muda perlu sentiasa cakna atau mengambil berat akan hal ehwal politik semasa supaya dapat bersama-sama menjadi ejen semak dan imbang.

Apatah lagi dengan wujudnya kemajuan teknologi yang dapat membantu memahami selok belok politik dengan lebih mendalam.

Usahlah menjadi golongan yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap politik dan berasakan tiada kepentingan terhadapnya kerana sebagai rakyat mereka perlu mengetahui tentang hak serta terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membangunkan negara. – UTUSAN

MUHAMMAD FAHMI MD. RAMZAN, Pengasas Pusat Pengajian Abu Faqih Centre

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya