Langganan aplikasi punca bil naik - Utusan Malaysia

Langganan aplikasi punca bil naik

PENGGUNA perlu bijak dalam melanggan aplikasi kerana boleh menyebabkan caj yang tidak dijangka. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

FORUM Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) adalah satu platform bagi industri dan pengguna menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia serta melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri.

Kami menerima peningkatan aduan di bawah kategori bil dan caj, terutamanya dalam subkategori pengebilan telefon mudah alih.

Pengebilan telefon mudah alih juga dikenali sebagai direct operator billing (DOB), merujuk kepada kaedah pembayaran untuk pembelian yang dibuat melalui nombor telefon.

Apabila seseorang pengguna memilih untuk membuat bayaran pembelian melalui bil perkhidmatan telefon, peniaga akan mengenakan caj pembelian kepada penyedia perkhidmatan berkenaan yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bil telefon pengguna.

Apabila pilihan ini diaktifkan, caj ini akan terus dikenakan kecuali perkhidmatan tersebut ditamatkan.

Pengguna mengalami kejutan bil yang mungkin disebabkan oleh langganan aplikasi dalam peranti yang mana mereka tanpa sedar telah memilih atau menekan ikon untuk membayarnya.

Kebiasaannya pengguna akan lupa setelah melanggan mana-mana aplikasi, jadi pengguna hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan waspada apabila menerima bil dengan caj yang bukan sepatutnya.

Malahan ada pengguna yang menyedari setelah disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan atas kegagalan untuk membayar bil tersebut.

Antara penyelesaiannya adalah sama ada kita nyahkatif pilihan untuk membuat bayaran pembelian melalui bil perkhidmatan telefon ini sebagai pilihan utama.

Sebaliknya kita hanya aktifkan ketika perlu membuat pembelian dalam aplikasi atau pilih cara pembayaran yang lain.

MUHAMAD RADZILLAH ABDULLAH, Pengerusi CFM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya