Jangan lupa bayar fidyah sebelum Ramadan

Jangan lupa bayar fidyah sebelum Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Tidak lama lagi lagi kita akan memasuki bulan Ramadan. Amalan berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan wajib dilaksanakan oleh setiap individu yang berkemampuan.

Islam juga menetapkan mana-mana individu yang gagal menunaikan kewajipan rukun Islam ketiga itu harus melunaskan pembayaran fidyah. Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.

Terdapat beberapa sebab seseorang dikenakan fidyah iaitu uzur menunaikan puasa Ramadan, hamil, menyusu anak, hutang puasa orang yang meninggal dunia, musafir dan pesakit yang tidak mengqada puasa pada tahun puasa tersebut ditinggalkan dan melambatkan ganti puasa.

Islam sebagai agama yang lengkap menetapkan kaedah dan syarat tertentu dalam sesuatu ibadah khusus. Jika ia tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan yang sempurna dan lengkap rukun serta syaratnya atau ditinggalkan dengan sebab tertentu, maka berlakulah ketidaksempurnaan dalam amalan berkenaan.

Antara hikmah pensyariatan fidyah antaranya sebagai satu bentuk penebusan terhadap ketidaksempurnaan dalam melakukan sesuatu ibadah yang menyebabkan pelakunya berdosa. Juga merupakan jalan keluar yang disediakan oleh Islam bagi mereka yang menghadapi masalah atau kesukaran dalam melakukan ibadah.

Semoga kesedaran berkaitan kewajipan melunaskan fidyah oleh masyarakat Islam terus subur dan hasil kutipan fidyah ini dapat diagihkan kepada mereka yang layak.

Imam al-Nawawi berpandangan hanya golongan fakir atau miskin yang berhak menerima agihan fidyah.-UTUSAN

MOHD. YAKOP IKRAM, Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya