Tolak ahli politik, NGO ekstrem - Utusan Malaysia

Tolak ahli politik, NGO ekstrem

KERJASAMA dan sikap saling membantu tanpa mengenal agama, bansga dan kaum ketika bencana banjir baru-baru ini bukti perpaduan rakyat masih utuh.-GAMBAR INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

BANJIR terburuk yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri  berulang semula. Dapat dilihat lemah dan kelam-kabut pengurusan operasi awal banjir khususnya di Selangor. Namun, yang menarik sekali adalah rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira bangsa dan budaya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. 

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian membantu serta mencurahkan tenaga seolah-olah perpaduan itu wujud secara spontan dan mempunyai matlamat sama. 

Inilah dikatakan perpaduan sebenar yang membawa makna kasih sayang sebuah bangsa Keluarga Malaysia. Nilai penyatuan rakyat sebenarnya dapat dinilai apabila tiada sebarang insdien ketegangan kaum semasa musibah dan semasa misi bantuan.

Yang paling menyentuh hati apabila masyarakat berbilang kaum mendapat perlindungan di masjid ketika banjir. Situasi ini tersirat pelbagai makna, antaranya Islam adalah agama perdamaian dan memberikan bantuan perlindungan tanpa mengira latar belakang budaya dan agama.

Malah aktiviti memasak daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di sebuah kuil penganut Sikh menunjukkan rakyat sebenarnya tidak rasis. Boleh dikatakan mereka hidup secara rukun dan damai.

Namun, ahli politik dan NGO yang ekstrem menjadi punca berlaku jurang perkauman. Kedua-dua kumpulan ini sering menggunakan isu populis untuk meraih simpati masyarakat sehingga membawa kepada ketegangan kaum. 

Jika diamati, sebenarnya rakyat sedia diasimilasikan bertunjangkan kepada identiti budaya teras negara. Tiada salahnya jika musibah ini mengajar kita semua agar bersedia berkorban demi kepentingan hidup bersama. 

Seterusnya silaturahim yang wujud sepatutnya dikembangkan dan dijadikan acara perpaduan yang mampu mengikat hubungan kaum. Sudah tiba masanya rakyat menolak mana-mana individu, ahli politik dan NGO yang sering kali memperjuangkan kepentingan kaumnya dan bukan kepentingan bersama dalam kehidupan masyarakat. 

Media sepatutnya memberikan tumpuan kepada peristiwa yang mampu meningkatkan nilai perpaduan dan nilai murni seperti saling bantu membantu sesama insan tanpa mengira budaya, kaum dan agama.

Media juga boleh membantu kerajaan dalam menonjolkan sifat kasih dan keprihatinan rakyat tanpa mengira siapa individu tersebut. Ini amat penting supaya rahmat perpaduan di sebalik musibah yang berlaku di negara ini dapat direalisasikan dengan spontan tanpa wujud paksaan.

ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.