Pampasan kepada penerima vaksin - Utusan Malaysia

Pampasan kepada penerima vaksin

KEBANYAKAN kesan sampingan selepas suntikan vaksin adalah ringan seperti demam, pening dan keletihan. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERDASARKAN laporan akhbar sebelum ini, kesan sampingan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dipantau oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Kebangsaan di Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Ini bagi memantau kesan-kesan sampingan daripada vaksin yang diberikan, iaitu bagi jenama Comirnaty (Pfizer), AstraZeneca, Coronavac (Sinovac), Convidecia (CanSino) dan Covilo (Sinopharm).

Difahamkan sistem pelaporan sedia ada di NPRA menerima lebih 23,163 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI), iaitu 0.45 laporan bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diberikan.

Sebanyak 93.3 peratus daripada laporan yang diterima ini melibatkan kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di tempat suntikan, demam, pening serta keletihan.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan kerajaan memberi pampasan kepada semua warganegara yang mengalami kerosakan fizikal berkekalan dalam tempoh empat minggu selepas mengambil vaksin Covid-19.

Adalah sukar untuk mengaitkan secara pasti kejadian angin ahmar, serangan jantung, radang otot jantung atau palsi saraf dengan vaksin kerana keadaan ini juga berlaku pada populasi yang tidak divaksinasi. Namun, kejadian buruk ini nampaknya meningkat sedikit selepas vaksinasi.

Oleh itu, sebagai menunjukkan solidariti kita dengan rakyat, maka kerajaan harus menyediakan sedikit pampasan kepada sebilangan kecil yang mengalami kehilangan upaya berpanjangan akibat kejadian perubatan yang berlaku dalam tempoh 28 hari selepas suntikan vaksin.

Kerajaan boleh mempertanggungjawabkan skim ini kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana ia mempunyai struktur institusi (keupayaan) untuk mengenal pasti tahap kehilangan upaya dialami.

Kerajaan patut menyalurkan dana yang diperlukan kepada Perkeso untuk menampung pembayarannya.

Bagaimanapun, ingin dijelaskan di sini, saya percaya manfaat program vaksinasi Covid-19 adalah jauh lebih besar berbanding peningkatan kecil dalam kejadian buruk yang disebut ini.

DR. JEYAKUMAR DEVARAJ, Bekas Ahli Parlimen Sungai Siput

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya