Kecewa tiada integrasi MySejahtera, SELangkah - Utusan Malaysia

Kecewa tiada integrasi MySejahtera, SELangkah

ADA pusat beli-belah yang hanya membenarkan orang ramai yang mempunyai sijil vaksinasi digital MySejahtera masuk. – GAMBAR HIASAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA termasuk dalam kalangan rakyat Selangor yang menjadi mangsa keengganan Kementerian Kesihatan melakukan integrasi antara aplikasi MySejahtera dan SELangkah dengan alasan remeh iaitu bimbang berlaku kecurian data.

Perkara ini bukan khabar angin tetapi dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Ogos lalu.

Aplikasi pengesanan kontak rapat Covid-19, MySejahtera dibangunkan Kerajaan Persekutuan manakala SELangkah oleh kerajaan negeri Selangor.

Bagi saya, tidak perlulah segala-gala data dikongsikan. Cuma yang diminta supaya sijil vaksinasi digital yang dipaparkan melalui aplikasi SELangkah turut dapat dipaparkan dalam MySejahtera.

Pada masa sekarang, ada sesetengah tempat termasuk pusat beli-belah hanya membenarkan orang ramai yang mempunyai sijil vaksinasi digital MySejahtera masuk.

Ada rakyat Selangor yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak dibenarkan masuk dengan alasan sijil vaksinasi digital SELangkah tidak sah.

Cukup menyedihkan kami dilayan seperti golongan aktivaksin yang berpunca daripada kelemahan pentadbiran Kementerian Kesihatan yang tidak melakukan integrasi antara aplikasi MySejahtera dan SELangkah.

Saya juga ingin tahu, adakah tindakan tersebut kerana agenda politik? Ini kerana kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) sama seperti tindakan sesetengah agensi kerajaan Pusat yang melambat-lambatkan bantuan banjir kilat di Shah Alam, baru-baru ini.

Jika ini benar, malang sungguh nasib penduduk Selangor kerana mereka menjadi mangsa politikus yang ingin berpolitik sepanjang masa.

MANGSA KEADAAN, Gombak, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya