Jangan biarkan perasuah bebas - Utusan Malaysia

Jangan biarkan perasuah bebas

TINDAKAN adil perlu diambil kepada pemberi dan penerima rasuah. -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AKTIVITI rasuah berskala kecil mungkin sudah jadi kebiasaan dan tidak menghairankan di negara ini. Namun, semakin hari semakin banyak pula kes rasuah berprofil tinggi diuar-uarkan di media massa.

Kes rasuah berprofil tinggi melibatkan pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik juga mudah berlaku kerana adanya ruang dan peluang serta kuasa selain keinginan untuk hidup mewah. 

Ia semakin banyak berlaku dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan terutama melibatkan penjualan dan pembelian aset pada harga jutaan ringgit. Aktiviti ini menyebabkan organisasi dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar tetapi memberi untung secara imbuhan (rasuah) dalam pelbagai bentuk selepas perundingan dibuat oleh mereka yang terlibat.

Jika dilihat dalam kebanyakkan laporan berita di televisyen dan surat khabar hanya mempaparkan kesalahan penerima rasuah ditangkap dan dihukum. Jarang sekali pemberi rasuah dituduh dan diheret ke mahkamah. Kenapa tidak dibicarakan juga pemberi rasuah? Jika ada pun hanyalah kes rasuah berskala kecil.  Bagaimana pula dengan rasuah berskala besar melibatkan jutaan ringgit?

Adakah undang-undang di negara ini terlalu longgar dan kurang kemas apabila pemberi rasuah terlepas begitu sahaja tanpa disabitkan dengan sebarang hukuman? Ini kerana apabila penerima rasuah terbukti bersalah, maka hukuman dikenakan kepada mereka sahaja, seolah-olah pihak satu lagi iaitu pemberi rasuah atau mereka yang bersama-sama bersetuju melakukan kesalahan ini dianggap tidak bersalah. 

Bagi pandangan saya, mereka sepatutnya juga dibicarakan dan dihukum. Diharapkan undang-undang negara lebih adil dengan tidak melepaskan penglibatan semua pihak dalam aktiviti rasuah. Justeru, undang-undang negara harus lebih adil, ketat, keras dan menyeluruh.

TEROPONG DO RE MI, Setapak, Kuala Lumpur

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya