Kekalkan sistem penggiliran di sekolah - Utusan Malaysia

Kekalkan sistem penggiliran di sekolah

JUMLAH pelajar yang sedikit dalam sesebuah kelas sebenarnya merupakan saiz yang ideal untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SISTEM penggiliran yang membahagikan pelajar dalam setiap kelas kepada dua kumpulan dengan tujuan asal untuk mewujudkan penjarakan fizikal dalam membendung jangkitan wabak Covid-19 merupakan suatu langkah amat wajar.

Jumlah asal pelajar dalam sesebuah kelas iaitu 30 hingga 40 orang dibahagikan kepada dua kumpulan yang datang ke sekolah secara bergilir setiap minggu.

Pembahagian pelajar sebegini ternyata berjaya mengurangkan jangkitan kepada mereka setelah beberapa bulan sistem ini dilaksanakan.

Jarak fizikal yang wujud serta kurangnya berkumpul di premis sekolah dan mempunyai kontak secara rapat semasa di dalam kelas menunjukkan keberkesanan sistem penggiliran ini.

Selain itu, ia merupakan suatu inisiatif yang sepatutnya diteruskan pada masa akan datang. Bilangan pelajar yang sedikit dalam sesebuah kelas sebenarnya merupakan saiz yang ideal untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Guru juga dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap individu. Tumpuan yang diberikan oleh guru sekali gus meningkatkan motivasi pelajar yang setelah sekian lama menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pelbagai aktiviti P&P yang menarik boleh dijalankan kerana ruang yang optimum dimiliki oleh setiap kelas dengan pengurangan bilangan pelajar.

Selain itu, saiz yang ideal ini membantu Penilaian Bilik Darjah (PBD) yang lebih terperinci apabila guru dapat menilai pencapaian pelajar dengan lebih teliti.

Pelajar juga berpeluang untuk bertanya dan berdiskusi dengan guru secara lebih dekat berbanding apabila jumlah pelajar ramai.

Adalah diharapkan Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan untuk mengekalkan saiz ideal sesebuah kelas melalui sistem penggiliran ini pada masa depan.

NURSYUHADA’ AB. WAHAB, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya