Benarkan PdPR sepenuhnya - Utusan Malaysia

Benarkan PdPR sepenuhnya

PANDEMIK Covid-19 telah menjejaskan pengusaha perkhidmatan van sekolah sehingga ada yang terpaksa menjual kenderaan masing-masing. – GAMBAR HIASAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT dua laporan akhbar baru-baru ini yang menarik perhatian saya. Pertama, berita ramai murid memilih untuk ponteng walaupun sesi persekolahan bersemuka dibenarkan pada 1 November lalu di Lembah Klang.

Faktor utama berlaku berikutan ibu bapa tidak membenarkan anak mereka ke sekolah sebab bimbang jangkitan Covid-19.

Berita kedua, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat digilis sebuah van sekolah di Sepang, Selangor.

Isu dibangkitkan adalah ibu bapa murid terbabit menggunakan perkhidmatan van sekolah tidak berdaftar dan pemandu tidak memiliki lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) dan tidak menghadiri kursus wajib iCop Safety serta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Saya berpendapat, tidak wajar menyalahkan ibu bapa semata-mata kerana pandemik Covid-19 telah menjejaskan pengusaha perkhidmatan van sekolah sehingga ada yang terpaksa menjual kenderaan itu untuk menampung hidup.

Bilangan van sekolah yang sah semakin sedikit menyebabkan ibu bapa tiada pilihan kecuali menggunakan perkhidmatan van sekolah haram.

Ada juga yang ponteng sekolah kerana menghadapi masalah pengangkutan setelah ibu bapa tidak lagi boleh bekerja dari rumah (BDR).

Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah jika Kementerian Pendidikan meneruskan sistem hibrid dengan ibu bapa boleh memilih sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepenuhnya dan bukannya berselang-seli seperti sekarang.

Walaupun sesi hibrid masih dilaksanakan sekarang, sesi bersemuka dan PdPR tetap diadakan secara penggiliran mengikut kumpulan.

MAWAR BERDURI, Klang, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.