fbpx

Beli filem lucah dalam talian

SKMM perlu bertindak bagi membanteras penjualan filem lucah melalui platform beli-belah dalam talian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini saya pernah buat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan penjualan kemeja-T yang memaparkan gambar-gambar lucah dan tidak senonoh di sebuah laman beli-belah dalam talian. Alhamdulillah telah diambil tindakan oleh SKMM.

Tetapi setelah beberapa bulan, nampaknya pihak pengurusan platform beli-belah yang berpangkalan di Singapura itu masih tidak peka, malah dengan lebih tidak senonohnya membenarkan penjualan cakera Blu-ray filem-filem lucah.

Tuan-tuan dan puan-puan semua boleh fikir, apa akan terjadi kepada generasi akan datang nanti jika perkara sebegini tidak dibendung?

Sepatutnya pihak pengurusan menapis semua kandungan yang dijual melalui platform mereka yang terdiri daripada laman web dan aplikasi khusus dalam telefon bimbit.

Pihak berwajib pula patut mengenakan tindakan lebih keras kerana ini bukan kesilapan kali pertama.

Semoga negara kita terselamat daripada bala bencana yang boleh merosakkan akhlak dan akidah masyarakat.

Saya berharap pihak-pihak yang menerima surat aduan daripada saya ini iaitu SKMM, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan sewajarnya mengikut bidang kuasa masing-masing.

Sebelum ini, terdapat juga pelbagai aduan diterima persatuan pengguna melibatkan jualan minyak pengasih, ubat kuat lelaki dan alat sulit tiruan melalui pelbagai cara termasuk Facebook dan Instagram.

Puncanya kerana ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan di atas kelonggaran pengawalan promosi barangan terbabit oleh kerajaan untuk melariskan jualan mereka.

PENGGUNA NAIF, Kuala Lumpur.

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN