Asyik berpolitik boleh sakit - Utusan Malaysia

Asyik berpolitik boleh sakit

BERPOLITIK demi kepentingan peribadi boleh membawa kerugian kepada masyarakat. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERHENTI untuk tidak berbicara mengenai politik seolah-olah menghilangkan salah satu komponen dalam diri masyarakat. Namun, sekiranya selalu berpolitik, boleh menyebabkan masyarakat sakit.

Politik berasal daripada perkataan Yunani, iaitu polis yang bermaksud negara bandar. Dalam bahasa Arab disebut siyasah.

Istilah politik apabila ditinjau pada satu posisi merupakan segala aktiviti kemanusiaan.

Manusia saling berhubung antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, politik tidak mungkin dapat dipisahkan daripada komponen kemasyarakatan sejagat.

Walaupun politik merupakan semua kegiatan manusia tetapi ia mempunyai pengkhususan. Kajian berkaitan ilmu politik dikatakan bermula sejak abad ke-16 Masihi. Kajian ini tertumpu soal institusi kerajaan atau pemerintahan semata-mata.

Dalam Islam, ia muncul setelah hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam kurang berminat mempelajari soal kenegaraan.

Apa yang penting dalam dunia politik adalah matlamatnya untuk melahirkan masyarakat yang sempurna. Benarlah pandangan ahli falsafah, Aristotle, politik mencakupi ruang lingkup yang luas.

Apa sahaja kelakuan atau tindakan manusia boleh dilihat dari skop implikasi politik.

Tidak hairanlah dalam masyarakat sentiasa ada yang berpolitik siang dan malam, lebih-lebih lagi ahli politik.

Mereka tidak pernah untuk berhenti daripada sentiasa berpolitik. Adakala sikap sentiasa berpolitik boleh menguntungkan masyarakat.

ASWADYQALBINADA, Presiden Kelab Pelajar/Alumni OUM Alor Setar/Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.