Selamatkah anak kita di taman permainan? - Utusan Malaysia

Selamatkah anak kita di taman permainan?

KEALPAAN pihak berwajib untuk melakukan sanitasi secara berskala di taman permainan boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanank.-UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA dapati setiap petang ada sahaja kanak-kanak di taman permainan di kawasan perumahan sama ada bersama keluarga atau rakan.

Di sebalik kegembiraan dan senyuman di wajah mereka, timbul pula persoalan mengenai tahap keselamatan  ketika bermain memandangkan kes penularan Covid-19 masih lagi tinggi.

Saya cuma inginkan kepastian, adakah taman permainan di setiap kawasan perumahan disanitasi secara kerap atau berskala?

Adakah pihak berwajib peka berhubung keperluan ini dengan memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau persatuan penduduk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menjamin tahap kesihatan di sesebuah kawasan perumahan sentiasa dijaga dan dipantau dengan baik?

Jangan pula anak-anak menjadi mangsa disebabkan kealpaan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab. 

Di pihak persatuan penduduk juga sepatutnya sudah diadakan perbincangan dan mencari jalan untuk mengatasi isu ini. Sekiranya tugas sanitasi bukan di bawah PBT, maka patut ada penggiliran tugas antara penduduk untuk melakukan sanitasi di kawasan taman permainan.

Bagaimanapun, pastikan memilih bahan sanitasi yang dibenarkan oleh kerajaan bagi mengelak sebarang risiko lain. 

KAMAL MD. NOR, Seri Kembangan, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya