fbpx

1 Disember 2021, 12:02 am

  TERKINI

Lega yuran IPTA turun

BERITA baik yang disampaikan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai pengurangan 20 peratus yuran IPTA melegakan ibu bapa dan waris pelajar. -GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,


PENGURANGAN yuran di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebanyak 20 peratus  melegakan ibu bapa dan waris pelajar yang sedang menuntut ilmu di menara gading.

Pengumuman pengurangan yuran oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad melalui satu kenyataan baru-baru ini antaranya meminta semua IPTA mematuhi arahan yang dikeluarkan itu.

Langkah ini selaras dengan usaha Kementerian Pengajian Tinggi  untuk terus mempertingkat usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin.

Kami juga berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi  kerana sentiasa mendengar suara dalam kalangan pemimpin pelajar, ibu bapa dan waris dalam membuat keputusan yang melegakan hati semua pihak.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang banyak menjejaskan kehidupan masyarakat terutama dari segi ekonomi, sesungguhnya jika yuran pengajian dinaikkan sudah pasti akan menambah beban sedia ada. 

Ramai sudah bersuara termasuk pemimpin pelajar di universiti berhubung isu kenaikan yuran pengajian sebanyak 10 peratus hingga 60 peratus yang akan dikenakan oleh universiti mulai sesi 2021/2022. 

Pun begitu, kini  semua pihak menarik dapat  nafas lega apabila menterinya telah mengumumkan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus.

DATUK MOHAMED MOSIN ABDUL RAZAK , Presiden dan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) Selangor

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN