Elak selenggara pada waktu puncak - Utusan Malaysia

Elak selenggara pada waktu puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERITA  kebenaran merentas negeri  disambut baik oleh seluruh rakyat. Kesempatan tempoh terbaik ini patut dimanfaatkan setelah hampir setahun lamanya tidak dibenarkan merentas negeri atau balik kampung.

Daripada pengamatan sendiri, saya dapati PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerap melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya setiap kali datangnya musim perayaan dan cuti sekolah.

Pada masa sama, selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran yang membenarkan aktiviti merentas negeri, sudah pastinya ramai warga kota atau perantau mengambil peluang keemasan untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti. Ini bermakna akan adanya peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya terutama pada hujung minggu.

Sebagai  pengguna lebuh raya, sudah pasti saya berharap PLUS lebih bertimbang rasa dengan menangguhkan dahulu kerja-kerja penyelenggaraan ketika waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan. 

Sekiranya ada dan terpaksa juga melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, diharapkan dapat mengutamakan keselesaan pemanduan pengguna serta memastikan aliran trafik lancar.

Jika boleh, lebih baik elakkan daripada meletakkan kon atau halangan seperti membuat lencongan menjadikan ia satu lorong. Ini akan menyebabkan berlakunya gangguan dan kesesakan yang lebih teruk di lebuh raya. 

Tindakan bijak daripada pihak PLUS amatlah diharapkan serta dihargai.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.