fbpx

Biarlah lama menunggu, janji selamat

WALAUPUN kelonggaran diberikan oleh kerajaan terhadap semua sektor ekonomi, namun semua pihak masih perlu sentiasa akur dengan SOP bagi mengelakkan dijangkiti virus Covid-19. - GAMBAR HIASAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ke sebuah gedung menjual peralatan dan aksesori sukan di Shah Alam, Selangor. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) agak longgar sekali gus membahayakan pengunjung yang membawa anak kecil.

Pengunjung tidak diarahkan untuk menunggu giliran walaupun keadaan di dalam gedung masih lagi ramai, malah petugas juga tidak menyemak status vaksin. Sepatutnya pihak gedung tersebut mengehadkan bilangan pengunjung dalam satu-satu masa. Biarlah lama menunggu, janji selamat.

Walaupun negara sedang beralih ke fasa endemik yang memaksa masyarakat menerima untuk hidup bersama Covid-19, namun ia bukannya petanda untuk seseorang alpa terhadap virus bahaya itu. Kita masih lagi boleh dijangkiti jika gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Oleh itu, perlu ada satu peraturan khas mengenai perkara ini agar dapat digunapakai dalam semua sektor perniagaan. Langkah berhati-hati atau waspada perlu diambil walaupun sinar cahaya untuk hidup kembali secara normal hampir berlaku.

Kelalaian kita, petugas mahupun pihak pengurusan boleh memberi kesan sekiranya wujud kes positif di gedung berkenaan. Bukan sahaja perlu ditutup sementara, malah pengunjung juga terpaksa menerima kesan apabila mungkin ada yang positif dan diarah kuarantin. Jika berlaku, perniagaan akan kembali terjejas.

Jadi, semua pihak perlu memainkan peranan dengan sentiasa mematuhi SOP walaupun ketika fasa endemik nanti. Saya percaya kita semua tidak mahu lagi meneruskan hidup seperti dikongkong dan tidak bebas akibat Covid-19 yang durjana.

AFI KAMAL, Shah Alam, Selangor

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN