Tak mengigau kalau tak makan ayam - Utusan Malaysia

Tak mengigau kalau tak makan ayam

RAMAI penduduk merungut mereka sudah gemuk kerana kerap makan ayam. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAKYAT di negara ini sering terkejut bila sahaja harga ayam mula naik melambung. Timbul rasa tidak puas hati apabila pihak yang menternak haiwan itu memberi pelbagai alasan.

Salah satu alasan sering diberikan adalah kos makanan ayam yang meningkat sehingga 75 peratus iaitu pada harga RM1,400 bagi setiap satu tan berbanding hanya sekitar RM800 sebelum ini.

Bagi saya, penduduk di Malaysia yang semakin hampir mencapai status negara maju tidak perlu lagi merungut pasal harga ayam naik dari sehari ke sehari kerana ia sungguh memalukan.

Ingatlah, belum ada laporan dikeluarkan mana-mana pihak bahawa sesiapa yang tidak makan ayam akan berhadapan dengan masalah tidak boleh tidur, mengigau waktu malam, mengantuk atau sesak nafas.

Malah, orang susah di kampung pun tidak kisah sangat tidak makan ayam selama 20 hari atau sebulan kerana mereka boleh makan makanan lain yang harganya lebih murah.

Kalau polemik harga ayam ini berterusan, tidak mustahil pada masa depan akan ditubuhkan Persatuan Ayam Kampung Negeri Kedah atau Persatuan Ayam Bandar Negeri Kedah yang masing-masing berlumba-lumba untuk mendapat harga ayam patut.

Sebenarnya peniaga tidak risau untuk menaikkan harga ayam kerana mereka tahu apa sahaja kadar ditetapkan, orang ramai akan membelinya.

Ini kerana sejak sebelum merdeka, rakyat telah diajar untuk makan ayam sehingga terdapat pelbagai jenis masakan Melayu berasaskan haiwan berkenaan.

Kalau rakyat sebelum merdeka telah diajar tidak makan ayam, sudah tentu masyarakat sekarang tidak akan makan ayam.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, apabila ramai penduduk merungut mereka sudah gemuk kerana kerap makan ayam.

Oleh itu, jangan polemik lagi soal harga ayam naik melambung. Jika rasa hendak beli ayam berikutan ada duit berlebihan walaupun berharga RM50 sekilogram, belilah dan makanlah sepuas-puasnya.

ABD. RAZAK OSMAN, Sungai Petani, Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya