fbpx

23 September 2021, 8:02 am

  TERKINI

Penting orang Islam urus, rancang harta dimiliki

Keratan akhbar 11 September 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERTAMA sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan pihak akhbar Utusan Malaysia  yang menyiarkan artikel bertajuk RM90b harta beku tidak dituntut pada 11 September lalu.

Ternyata banyak respons diterima daripada masyarakat tentang isu ini. Kerjasama Utusan Malaysia sangat saya hargai kerana memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia tentang kesan-kesan buruk  mungkin dihadapi waris-waris tanpa perancangan harta yang betul setelah berlaku kematian. 

Namun, terdapat ralat dalam artikel berkenaan iaitu dianggarkan sekitar RM70 bilion harta beku dan tidak dituntut setakat 2020, bukan RM90 bilion seperti dinyatakan. Begitu juga sekiranya aset itu merupakan duit yang tidak dituntut dalam tempoh tujuh tahun, ia akan ke Jabatan Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

Di sini saya memohon maaf kepada Utusan Malaysia atas kekhilafan  sendiri ekoran kesilapan fakta ketika sesi temu bual. Diharap kenyataan ini dapat mengelakkan kekeliruan atau menimbulkan masalah pada masa akan datang kepada pihak-pihak terlibat.

Sebagai seorang perunding harta pusaka Islam, saya turut membuat rujukan melalui artikel-artikel lain berkenaan harta beku di Malaysia. 

Saya berharap Utusan Malaysia terus maju padai masa akan datang dan menjadi akhbar pilihan nombor satu di Malaysia. 

HARYATI MOHD. ALI, Perunding Profesional Perancangan Harta Pusaka as-Salihin Trustee Berhad

POPULAR

KOSMO! TERKINI