Rakyat perlu bijak walaupun sektor ekonomi dibuka - Utusan Malaysia

Rakyat perlu bijak walaupun sektor ekonomi dibuka

PERTUMBUHAN ekonomi tahun ini dan 2023 dijangka dipacu perbelanjaan sektor swasta. - GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMBUKAAN 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang berkuat kuasa 16 Ogos lalu adalah demi memastikan kelangsungan ekonomi negara.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kemungkinan ramai yang  hilang pekerjaan sekiranya terus ditutup menyebabkan kerajaan memilih jalan untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi.

Pun begitu, orang ramai perlu bijak dengan mengutamakan soal kesihatan sekiranya mengunjungi premis-premis perniagaan. Sekiranya tiada keperluan, tidak perlu sengaja membuang masa dengan niat untuk survey barangan.

Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Sekiranya sayang diri dan keluarga, seboleh-bolehnya cuba elakkan ke tempat yang ramai orang. Gunakanlah kemudahan e-dagang dengan sebaiknya. Ia lebih selamat dan tidak merisikokan diri.

Sebagai rakyat, anda perlu bijak memilih yang terbaik. Ini kerana virus Covid-19 masih lagi mengganas dan kemunculan varian baharu seperti Delta dan Lambda amat menakutkan.

LATIFAH LATEEF, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN