Awas selekoh maut - Utusan Malaysia

Awas selekoh maut

KEMALANGAN sering berlaku di selekoh menuruni bukit di Persiaran Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEJADIAN kemalangan sering berlaku di Persiaran Lestari Perdana, Seri Kembangan Selangor kerana terdapat selekoh berbahaya berhampiran stesen minyak Caltex. Ramai pemandu gagal mengawal kenderaan untuk melepasi selekoh tajam ini lebih-lebih lagi jika hujan menyebabkan jalan licin. Ditambah pula keadaan jalan menuruni bukit sukar untuk mengawal kenderaan jika leka. Bayangkan dalam masa seminggu sahaja, sekurang-kurangnya tiga atau empat kemalangan termasuk maut dilaporkan dan jumlah itu meningkat mendadak ketika hujan. Ada ketikanya kes kenderaan terbabas di laluan yang menjadi penghubung kawasan perumahan di situ berlaku setiap hari.

Lebih membimbangkan, selekoh ini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda berbahaya selain tiada pemasangan tanda-tanda amaran bagi memberi peringatan kepada pemandu.
Persatuan penduduk beberapa taman juga telah membuat aduan demi aduan bagi mendapatkan bantuan serta merujuk Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun sehingga kini kemalangan masih berterusan berlaku.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa membuat tindakan drastik untuk memeriksa struktur jalan jika terdapat permukaan beralun atau tidak rata yang menjadi punca kemalangan.
Pada masa sama, pemandu kenderaan sendiri perlu mengambil tanggungjawab untuk berhati-hati serta memperlahankan kenderaan jika melalui selekoh berbahaya ini. Ia bukan sahaja boleh membahayakan pemandu malah pengguna jalan raya lain jika kenderaan terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan atau merempuh pembahagi jalan.

ZAIRI
Seri Kembangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya