MUKADIMAH PROJEK Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE2) bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Pantai Dalam, Bangsar dan jalan raya berhampiran dengannya terutamanya ketika waktu puncak apabila ia menjadi laluan pilihan pengguna untuk masuk dan keluar dari Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM, CHUA LAY HOON mengakui, kesesakan itu menunjukkan bahawa lebuhraya NPE yang beroperasi sejak 2004 iaitu lebih 20 tahun lalu sudah tidak dapat…










