SEJAK kebelakangan ini, wacana awam tertumpu kepada dua perkara yang saling berkait tetapi berbeza sifatnya iaitu tindakan saman yang difailkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap Bloomberg L.P. serta cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau badan pemantau baharu bagi mengawasi SPRM. Sebahagian pihak melihat RCI sebagai jalan keluar yang lebih ‘politik’ dan segera. Sebahagian lain berpendapat mahkamah adalah forum paling tepat untuk…










