Isu rumah ibadat tanpa kelulusan bukanlah isu baharu dalam negara kita. Ia berlarutan selama berdekad-dekad, sejak era 1990-an sehingga hari ini, tanpa penyelesaian menyeluruh. Setiap kali isu ini timbul, perbahasan kembali panas dan masyarakat sekali lagi terperangkap dalam polemik yang sama. Sensitiviti isu ini tidak boleh dinafikan. Jika tidak diuruskan dengan baik ia boleh mencetuskan perbalahan dan menggugat keharmonian negara kita. Sejarah telah menunjukkan bagaimana insiden melibatkan rumah ibadat boleh…










