PELAKSANAAN subsidi petrol secara bersasar menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh disiplin fiskal negara melalui tadbir urus perbelanjaan awam yang lebih cekap dan adil. Langkah ini bukan sekadar bertujuan mengekang ketirisan subsidi dan mengurangkan beban kewangan kerajaan, malah menyediakan ruang untuk menyalurkan semula penjimatan tersebut kepada inisiatif pemuliharaan alam sekitar berimpak tinggi misalnya penggunaan teknologi hijau dan pembangunan bahan bakar mesra alam. Dalam era perubahan…










