TAHUN baharu membuka lembaran baharu dalam hidup kita. Bersamanya datang harapan, doa dan azam untuk terus berusaha dengan lebih gigih, demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya. Sebagai rakyat, kita tentu mendoakan Malaysia kekal aman dan sejahtera serta terus berkembang maju. Keadaan sesebuah negara yang kucar-kacir dan tidak tenteram akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan dan pembangunannya. Hal ini akan mengakibatkan ramai rakyat menderita dan hidup dalam kesusahan.…










