DI sebalik angka dan peruntukan Bajet Melaka 2026, ukuran sebenar “Melaka Sayang Rakyat” terletak pada kesannya terhadap kehidupan seharian rakyat. Sejauh mana bajet negeri benar-benar menyentuh realiti kos sara hidup, pendidikan, pekerjaan dan kesejahteraan komuniti. Slogan boleh dicipta, angka boleh diumumkan, tetapi kehidupan rakyat tidak boleh dipalsukan. Dalam realiti hari ini, rakyat menilai bajet bukan melalui ucapan pembentangan atau dokumen rasmi, sebaliknya melalui dapur rumah mereka: Kos sara hidup yang…










