Dr. Tea Boon Chian KRIPTOGRAFI, yang menjadi nadi kepada keselamatan komunikasi digital, berfungsi memastikan kerahsiaan, integriti dan kesahihan maklumat dalam dunia siber yang semakin kompleks. Sistem kriptografi moden hari ini banyak bergantung kepada dua kaedah utama, iaitu RSA (Rivest–Shamir–Adleman) dan Elliptic Curve Cryptography (ECC), yang kekuatannya terletak pada kerumitan matematik yang sukar diuraikan. Namun, kemunculan komputer kuantum kini mengubah segalanya dan bersama perubahan itu, datang ancaman besar terhadap keselamatan digital…










