DAPSY Perak mengecam keras tindakan Pemuda Pas Selangor yang memfitnah dan memutarbelit fakta dengan menuduh Ketua DAPSY Kebangsaan “menghina Mursyidul Am Pas yang sedang menerima rawatan”. Tuduhan ini berniat jahat, mengelirukan orang ramai, tidak berasaskan fakta dan tidak berlandaskan kebenaran. Fakta garis masa adalah jelas. Kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan dikeluarkan pada 15 November, manakala hebahan Dewan Pemuda Pas mengenai Mursyidul Am dirawat di hospital dibuat pada 19 November, iaitu 4…










