DI Malaysia dari dahulu lagi memang sudah jadi tabiat, apabila satu pihak itu berada di sebelah pembangkang, maka kerjanya pagi, petang, siang dan malam sudah tentulah membangkang. Semua perkara akan dibangkang. Tidak kira kecil atau besar. Sama ada dasar negara, program bantuan atau perbuatan peribadi. Apa saja yang dibangkitkan yang nampak di mata, dengar di telinga perlu dibangkang. Yang menariknya, segala hujahan untuk membangkang itu tidak memerlukan kajian yang teliti…