SEJAK dahulu, bidang pengajian komunikasi yang ditawarkan di banyak universiti dalam dan luar negara menjadi antara pilihan popular dalam kalangan pelajar. Oleh kerana bidang ini dikategorikan sebagai bidang sastera atau sains sosial, maka interpretasi umum mengenai aliran ini juga agak abstrak dan kabur. Ada yang beranggapan bidang ini sesuai untuk mereka yang ‘pandai bercakap’, suka populariti, dan berparas menawan kerana graduan akan lebih sering muncul di layar media massa dan…










