PROSES reformasi di Malaysia kembali menjadi wacana hangat. Ia dipuji sebagai usaha memperbetul institusi, namun dikritik sebagai retorik yang belum membuahkan hasil nyata. Dalam suasana harapan yang tinggi, reformasi tidak boleh dinilai hanya pada niat, tetapi harus terbukti melalui impak yang dapat dirasai rakyat. Dalam proses demokrasi yang menuju kematangan, reformasi tidak boleh hanya tertumpu kepada elit politik. Ia wajar dimulakan dari bawah menerusi budaya kerja penjawat awam, keberkesanan penyampaian dasar…










