DI sebalik kesibukan jalan raya dan kelancaran sistem pengangkutan, jarang dibincangkan secara terbuka mengenai peranan kesihatan neurologi dan psikoneurologi dalam mempengaruhi keselamatan pemanduan. Pemanduan bukan sekadar kemahiran fizikal tetapi juga aktiviti kompleks yang memerlukan fungsi otak optimum, kestabilan emosi dan keupayaan membuat keputusan dalam masa nyata. Masalah kesihatan ini seiring peningkatan usia penduduk, kerana ia bukan sahaja menjejaskan fungsi kognitif dan fizikal tetapi turut mengancam keselamatan pemanduan. Isu ini perlu…










