DI hati setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan, tersemat harapan untuk mengecap bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, realiti kehidupan sering menguji impian murni itu. Rumah tangga yang dibina dengan doa dan restu semakin mudah goyah, bahkan dalam tempoh yang terlalu singkat. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk 2022 cukup merisaukan dengan sebanyak 62,890 kes perceraian direkodkan. Jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya yang mencatatkan 43,936 kes, peningkatan ini mencecah 43.1 peratus. Malangnya, lebih 46,000 daripada jumlah ini melibatkan pasangan Muslim. Jumlah itu bukan sahaja mengundang kebimbangan tetapi menuntut tindakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya