HIDUP dalam dunia moden lebih terarah menilai sesuatu daripada sudut kebendaan semata-mata. Itulah yang dijadikan kayu ukur dalam menilai kejayaan dan kekuatan. Oleh kerana itu, tidak menghairankan jika kebanyakan daripada kita percaya pencapaian material itulah adalah segala-galanya dan dijadikan matlamat hidup. Memang tidak salah untuk mengejar kekayaan material dan duniawi, malah ia amat penting bagi mengangkat martabat bangsa. Namun begitu, masalah akan timbul jika terlalu taasub berpegang kepada nilai kebendaan…










