SEJAK 23 Mei lalu, perhatian dunia tertumpu kepada Malaysia dengan berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), diikuti Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China. Dunia bukan sekadar menilai keupayaan negara menerajui persidangan penting sebegini, tetapi lebih utama lagi mereka memberi perhatian tentang sejauh manakah keupayaan, kesungguhan dan ketegasan negara dalam memainkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025. Menjadi pengerusi serta…










