SEKALI lagi kita melihat peratusan besar rakyat tidak terlibat dalam proses demokrasi negara, hasil keputusan sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning baru-baru ini. Sesebuah negara tidak mungkin wujud tanpa rakyatnya. Negara terbina atas asas kepercayaan dan penerimaan rakyat terhadap sistem pemerintahan serta kedaulatan undang-undang yang melindungi mereka. Oleh itu, pemimpin politik yang dipilih melalui mandat rakyat bukan sekadar berfungsi sebagai pembuat dasar, tetapi sebagai penjaga amanah negara dan rakyat.…










