TARIF menyeluruh (sekurang-kurangnya 10 peratus) ke atas kebanyakan import) yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada 2 April lalu memberi isyarat kembalinya negara tersebut ke dasar perlindungan ekonomi yang ekstrem. Dasar ini secara tuntas membalikkan kepimpinan globalisasi yang selama ini dijuarai oleh AS. Perkara yang jelas ialah penolakan tegas Trump terhadap globalisasi yang sebelum ini dilihat menguntungkan AS. Tarif yang diperkenalkan ini mengutamakan pengekalan pekerjaan berbanding perdagangan bebas.…










