DI dinding-dinding platform media sosial kita selalu lihat hadir kenyataan-kenyataan atau dakwaan-dakwaan bahawa orang Melayu kini terancam, kedudukan agama Islam tergugat dan lain-lain lagi. Sudah tentunya ia dikaitkan dengan situasi politik semasa, di mana Kerajaan Perpaduan dibentuk hasil gabungan Pakatan Harapan (PH) yang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersama dengan Barisan Nasional (BN) yang terasnya adalah UMNO. Bermula dari hari pertama kerajaan dibentuk, naratif Melayu terancam menjadi modal…