SECARA umumnya pengurusan krisis merujuk kepada proses merancang dan mengambil tindakan strategik yang berkesan bagi menangani sesuatu masalah atau ancaman seperti bencana alam yang berlaku di luar jangka serta memberi impak negatif terhadap kehidupan individu, masyarakat, institusi, organisasi mahupun negara. Keberkesanan tindakan pengurusan krisis penting bagi mengurangkan kesan negatif yang berlaku selain segera mengawal dan memulihkan keadaan. Walaupun proses pengurusan krisis membabitkan tiga fasa utama iaitu persediaan sebelum sesuatu krisis…










