“BAGAI melukut di tepi gantang” adalah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan M40 pada masa kini. Mereka bagaikan tersisih atau tidak diberi perhatian. Golongan M40 adalah mereka yang berpendapatan sederhana dan sering merasakan diri mereka terperangkap dalam keadaan ini. Mereka tidak cukup miskin untuk mendapat bantuan kerajaan seperti B40 dan juga tidak cukup kaya seperti T20 untuk bebas daripada tekanan kewangan dan hidup senang. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah…