DUNIA digital hari ini memberikan kebebasan kepada semua untuk menyampaikan pandangan dan berkongsi maklumat. Namun, sebagai umat Islam, kita perlu berhati-hati dalam setiap perkataan yang diungkapkan, lebih-lebih lagi dalam ruang media sosial yang sangat luas jangkauannya. Allah SWT berfirman dalam Surah Qaf, ayat 18 yang bermaksud: “Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat).” Ini mengingatkan kita bahawa setiap perkataan yang diucapkan…










