QIRAAT ialah satu ilmu yang membincangkan tentang bacaan yang berbeza dalam sesuatu kalimah dan bacaan tersebut dinasabkan kepada imam qiraat yang membacanya. Umum mengetahui terdapat ilmu qiraat dalam pembacaan al-Quran. Namun begitu secara mendalam ilmu ini tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat kecuali mereka yang menghafaz al-Quran dan bertalaqqi dengan guru-guru al-Quran. Qiraat Tujuh dan Qiraat Sepuluh semuanya adalah mutawatirah dengan maksud boleh dibaca dalam solat. Walaupun begitu sebahagian tempat…