MUKADIMAH TERENGGANU menjadi titik permulaan dalam sejarah undang-undang syariah negara dengan melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah khalwat di luar penjara. Walaupun kerajaan diterajui Pas mempunyai bidang kuasa melaksanakannya, namun, negeri itu tidak terlepas daripada kritikan dan kecaman banyak pihak terutama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Majlis Peguam. Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR berkata, salah satu elemen mendidik adalah mendatangkan malu, kerana ia sebahagian…