Salah satu profesion penting dalam bidang komunikasi ialah Perhubungan Awam (PR). Bidang tertua dalam bidang komunikasi ini wujud sejak kerajaan Mesir kuno dan terus berkembang mengikut peredaran dan perubahan zaman. Kini, profesion PR menjadi elemen penting dalam pengurusan organisasi sama ada di sektor awam, swasta mahupun dunia korporat. Dalam kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan dan juga syarikat-syarikat besar (korporat), PR dijadikan salah satu cawangan atau bahagian penting bagi organisasi terbabit untuk…










